Kunyit memiliki banyak khasiat untuk kesihatan kerana kandungan kurkuminnya, iaitu bahan aktif dengan sifat antioksidan dan anti-inflamasi. Mengambil inisiatif membantu golongan wanita dalam meningkatkan kesihatan dan kecantikan dalaman, Hanaa Seri Shot memilih kunyit sebagai bahan utama dalam mengeluarkan produk minuman kesihatan.
Menurut Pakar Pemakanan dan Saintis Makanan Athena Health Technologies Sdn. Bhd. (Athena Health), Nur Izzati Yasmin Safri, agak sukar mendapatkan produk berasaskan kunyit di pasaran.
Malah pihaknya turut menambahbaik produk dengan kajian bersama dua buah universiti tempatan iaitu Universiti Sains Malaysia di bawah Toxicology, Advanced Medical & Dental Institute yang terletak di Bertam, Pulau Pinang serta Universiti Malaya di bawah Pusat Kajian Produk Semulajadi dan Penemuan Dadah.
“Kami telah menghantar produk untuk kajian bersama di universiti tempatan dan terbukti memiliki bahan mentah seperti Athemin atau nano curcumin yang lebih dikenali sebagai kunyit dalam saiz nano.
“Untuk memudahkan pemahaman, saiz nano ini sangat bermanfaat untuk kesan penyerapan yang lebih pantas untuk tubuh badan iaitu 33 kali lebih cepat daripada produk biasa.
“Malah ia turut disokong dengan adanya bahan mentah utama lain iaitu NMN atau Nicotinamide Mononucleotides untuk meningkatkan lagi kadar keberkesanan. NMN merupakan bahan terbaharu yang memberi fokus kepada kecantikan kulit,” katanya.
Selain itu, Nur Izzati turut memberitahu bahawa produk Hanaa tidak memiliki bahan terlarang atau tiruan, semuanya menggunakan bahan natural dan ekstrak buah-buahan.
Dibantu dengan kombinasi dua wanita yang menjadi tulang belakang pemasaran, Ummu Kalthum Abdul Hi dan Nur Najah Ahmad Tarmizi, mereka percaya kehebatan produk akan ‘bercakap’ sendiri tanpa perlu ‘marketing viral’.
“Buat masa ini, kami mahu membina asas yang kukuh terlebih dahulu. Kami juga tiada ejen atau stokis, matlamat kami untuk memberikan fokus kebaikan produk daripada segi saintifik dan menggunakan hasil dapatan kajian dan testimoni pengguna untuk mengukuhkan jenama.
“Malah kami sangat berpuas hati dengan pemilihan kunyit, ia bukan hanya sekadar satu lagi minuman kolagen, namun ia satu teknologi baharu yang membantu kesihatan tubuh badan,” kata Ummu Kalthum.
Tiga tahun berada dalam pasaran, jelasnya, produk ini mendapat sambutan baik di kalangan mereka yang berusia seawal 25 tahun hingga 40-an terutamanya wanita yang mempunyai masalah jerawat, masalah kulit dan tenaga.
“Produk ini sangat membantu kecantikan kulit, lebih-lebih lagi bagi mereka yang berusia 40 tahun ke atas. Kulit akan lebih pejal dan halus. Malah ia juga membantu memberikan tenaga tambahan bagi melakukan kerja-kerja seharian,” katanya.





